Monday, November 16, 2009

Surat wasiat

Haha. Aku terfikir tadi. Misal katalah nanti aku dah ada anak, dan anak aku dah besar. Then dia jumpa blog aku ni. Apalah tanggapan dia kat Mommy (eceh nak mommy aje, panggil Mak je tak boleh ke?) dia ni kan? Isi kandungan blog aku dahlah ni penuh kata2 kesat dan separuh lucah, pendek kata memang tak mempamerkan nilai2 murnilah. Tiba2 je rasa malu kat bakal anak-anak aku nanti. Hihi.

Baiklah sons and daughters (wow macam ramai je), mulai hari ini Mommy behave ok. Just for you all darlings. Kalau Mommy dah takde nanti, semoga blog ini dapat mengurangkan kerinduan dan mengubat kedukaan. Cakap dengan Daddy, kalau ye pun nak cari pengganti tunggu tanah kubur Mommy dah tak merah lagi. Then make sure mak tiri baru korang tu bukan dari senarai wanita-wanita yang Mommy dah banned. Tak aman Mommy kang dalam kubur.(nanti Mommy buat list tu later, ok)

Harta-harta mommy termasuk kereta Evo XXXVI tu, gunakanlah sebaiknya. Jangan rebut-rebut, mommy tak nak korang berbalah pasal harta duniawi. Ok sayangs?

Then cakap dengan Daddy, Mommy sayang dia sangat2 tau walaupun dia suka buli2 dan ejek Mommy gemuk, jerawat, sungai, batu. Mommy was being too clingy just because Mommy loved to be with him. Your Daddy just too hot to resist. Oh, Mommy is crying while writing this.

I just want you guys to know that Mommy cintaaaaa sangat kalian sampai kiamat. Nanti Mommy jemput sorang2 bila time korang dah sampai. Get ready, hopefully your Daddy is next lah. Mesti dia sunyi tanpa Mommy. Jaga diri hiasi peribadi. Jangan lupa bacakan Yasin untuk Mommy tiap2 malam Jumaat.

P/S: Harta Daddy tu baik korang habiskan je semua kalau tak nanti untung pulak mak tiri korang. Mommy susah2 masa dengan Daddy dulu tau. Ok la. Nak soal jawab ni. Bye! XOXO

Saturday, November 14, 2009

Tolonglah tanam dalam otak tu - bahawasanya setiap orang tak sama kehendaknya, makcik2 oi!

Aku selalunya akan elak pergi kenduri kahwin bekas rakan-rakan sekolah. Aku akan pergi bila aku rasa kehadiran aku betul-betul diperlukan or bila aku rasa kawan aku tu sangat mengharapkan kehadiran aku. Pendek kata kalau aku takde, majlis dia hilang serilah. Eceh. Poyo.

Aku malas sebab aku tau aku akan dihujani soalan cliche apasal tak kahwin lagi oleh isteri-isteri orang yang juga kawan tak berapa nak rapat pun masa sekolah yang rasa hidup dia dah cukup perfect dah bila berjaya berumahtangga. Macam perkahwinan tu satu kemenangan besarlah, macam pertandingan siapa paling laku.

Kalau yang tanya tu betul-betul ikhlas nak tanya aku tak kisahlah. Mungkin sebab dah lama tak bersua dan saja nak create topik. Ini siap tanya dengan mimik muka perli-perli, kening terangkat, bibir juih-juih. Memang muka minta penyepak.

Selalunya masa tengah mekap-mekap bersiap nak ke majlis, sambil tu aku dah fikir dah jawapan apa nak bagi bila manusia-manusia annoying ni bertanya.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
"Aku tunggu je ni mak kau sain surat persetujuan nak izinkan bapak kau nikah dengan aku. Lepas tu aku on je."

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Takde siapa nak kat akulah.
"Eleh kau yang memilih sangat!"
Mestilah aku memilih, takmo aku kalau kahwin setakat dengan cikgu, TECHNICIAN, or kerani lepas tu nak canang-canang kat orang konon2 suami aku tu ENGINEER. Heh

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Dah kahwin dah. Sebelum datang sini aku sempat kahwin 3 kali. Tu yang rambut aku serabai sikit ni.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Esoklah kot, aku baru pecah tabung tadi.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Johny Depp tak nak convert. Takkan aku pulak yg kena convert kot?

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Suami kau mampu bagi kau cum 5 kali? Kalau mampu, tahniahlah! Kau memang wanita bertuah. Aku belum jumpa lagi, kalau kau sudi nak share suami apa salahnya.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Aku anak sulung dari 13 adik beradik. Aku orang susah, kena bantu sara keluarga. Biarlah adik beradik aku yang lain lepas bersekolah dulu. Aku nak adik-adik aku belajar sampai tahap paling tinggi kalau boleh. Aku rela korbankan kebahagian dan keinginan dipanjat tiap2 malam demi keluarga aku.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Kak Long, Kak Ngah, Kak Teh aku tak kahwin lagi. Aku tak boleh langkah bendul.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Aku lesbian. Kalau nak kahwin, kena pergi Las Vegas. Nak keluar negara Imegresen tak lepas sbb tak bayar PTPTN.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Hek eleh suka hati akulah! Kalau aku tak kahwin, duit kau susut sesen ke sehari?

Yelah yelah! Aku memang teringin sangat nak kahwin dowh! Tak sabarnya rasa nak cucikan spender suami, nak masak 3 kali sehari, sesi bonding bersama mak mentua membeli ikan di pasar, ketiak bau susu budak. Kalau nasib aku baik, aku boleh tunggu dengan setia suami pulang dari dangdut pukul 3am sambil pegang gelas berisi air sirap kat muka pintu. Kalau nasib aku lagi baik, suami makan luar, aku pun boleh cari anak ikan. Oh indahnya alam perkahwinan. Ei eii. Tak sabarlah dipinang.

Heh

Friday, November 13, 2009

Mari bersama-sama menentang kuasa kejahatan dan menghapuskan makhluk penghisap darah!

TAG 1

1. Siapa orang yang kau teringin nak tampar?
SHMA. Tak perlu tanya aku siapa dan kenapa. Orang yang tahu, tahulah.

2. Siapa kau nak jadi Sugar Daddy kau. Bagi sorang je, wajib Malaysian.
Dato' K. Aku peduli hape dia suami orang, Siti pun perampas jugak.

3. Siapa manusia paling annoying kau pernah jumpa? Siapa orang paling famous kau pernah jumpa? Siapakah orang paling vain kau pernah jumpa?
Annoying - Meon. Famous - Tun Dr.M. Vain - Aku.

4. Apa yang kau paling harapkan dari pasangan kau?
Boleh membayar sewa rumah aku, kereta baru, segala bill2 aku dan bagi duit shopping tiap2 bulan. Dan tak layan perempuan lain yg menggatal. Kawan perempuan tu lain cerita la.

5. Kau penah kentut dalam lif?
Tak pernah pulak terasa nak terkentut bila dalam lif.

6. Makanan paling jijik kau pernah makan?
Piza sejuk.

7. Rancangan Tv paling bodoh kau pernah tengok?
Seekers & Fuiyooo Magic!

8. Kalau terperangkap dlm jem, pastu rasa terkencing, apa kau akan buat?
Ambik kotak tisu, keluarkan semua tisu. Bukak seluar skit cover peha dgn jacket, letak tisu bawah bontot dan kencing perlahan2. Then ambik plastik bag dlm drawer, letak tisu basah tu dan campak keluar pintu.

9. Kau stalk hp or email kekasih kau tak atau share password fb/email?
Rasa teringin itu selalu ada, tapi tak nak sebab aku tau aku tak boleh nak handle sakit hati kalau terjumpa sesuatu. Erk share password? Nak mampus?

10. Kalau jumpa kucing kena langgar kereta dah separuh mati kaki putus, kau buat apa? hantar gi klinik ke, bunuh supaya tidak terseksa, atau lari menangis sebab tak sanggup tgk?
Jerit kuat2 dulu pastu tengok keadaan. Kalau rasa2 boleh diselamatkan lagi, bawak la gi klinik. Kalau tak boleh, aku angkut bawak balik rumah dulu tunggu dia mati then tanam.

11. Apa perasaan kau bile tengok cermin sorang2?
Uban! jerawat! kedut! menggeleber! oh aku dah tua....

12. Kalau kau jumpa gambar wanita bogel yang kau kenali (selain dari artis mahupun pelakon porn) dalam pc bf kau, apa kau buat?
Aku buat wallpaper kat PC dia sebagai tanda aku dah tau pasal gambar tu. Kasi dia cuak dulu la pastu baru la aku mengamuk.

13. Apa kau buat kalau kawan kau asyik mengadu benda yang sama berbulan2? Pastu orang nasihat taknak dgr.
Tak kira la rapat ke tidak, aku memang malas nak layan masalah orang lain. Masalah aku sendiri, aku suka la susahkan orang utk dgr. hehe. Tapi kalau masalah berat dan memerlukan perhatian dan pertolongan dengan segera, aku OK la.

14. Kalau nampak kawan ade taik hidung nak terkeluar, atau ade 2 helai bulu hidung yg terlebih pjg terkeluar dr hidung, bgtau direct ke, tarik tepi dan bisik ke, gelakkan ngan org lain ke atau buat tatau?
Kalau boyfriend, aku tolong la tarik or buangkan. Kalau kawan biasa, aku hulurkan cermin je.

15. Hantu dari filem mana kau paling takut?
Hantu Emily Rose. Real sial!


TAG 2.

1. Rancangan Realiti TV yang kau teringin sangat nak masuk dan kenapa.
Bolos. Tapi tunggu aku 6pack dulu. Baru la berkeyakinan nak pakai costume dia.

2. Kalau diberi peluang masuk Amazing Race, siapa pasangan yang kau akan pilih.
Bukan seorang yg tak tahan sabar yg suka maki2 time driving. Haha. Zet kot, dia bijak dan agak penyabar dan suka bawak kereta. Lagipun skrg dia dah main ragbi, so stamina dia should be OK. Kot.

3. Rancangan Realiti TV paling menyampah kau tengok.
Sehati Berdansa. Tak tau apa motif, menari sambil beramal. Orang yg vote konon2 utk beramal pun bengong. Baik kau bagi je terus duit tu kat badan kebajikan. Takde nak kena masuk poket sape2 dulu.

4. Bakat yang kau harap sangat ada pada kau.
I wish I could sing and dance. Suara aku tak sedap dan aku sangat keras kalau menari. Selalu kena bahan. Dan aku nak ada bakat melukis. Aku sangat kagum dgn orang2 yg pandai melukis.

5. Kalau diberi peluang dan mesin masa untuk kembali ke zaman lampau, concert siapa yang kau teringin nak pergi tengok?
Concert Disney On Ice. Best woooo. Aku pernah pergi dulu. Sekarang ada lagi ke tak?

6. Tattoo. Kau nak? Boleh. Tapi hanya satu, dan mesti tattoo wajah celebrity. Wajah siapa kau nak?
Aku tak pernah obses dgn mana2 celebrity la. Dan aku tak mau la tattoo muka orang kat badan aku. Baik tattoo muka mickey n minnie mouse.

Aku nak tag semua rakan opis dan korang yg rasa aku sayang korang.

Sunday, October 18, 2009

Brrr brrrrr plup plup plup

Opis sejuk lagi malam ni. Sejuk gila. Hingus aku beku. Ini terbukti bila aku keluar je dari opis, tetiba2 je hidung aku berair. So bermakna masa dalam opis, hingus tu jadi beku, bila keluar dari opis je jadi cair. Selsema.

Kesejukkan melampau ni buat aku tak boleh nak buat kerja. Daya kreativiti terhad. Otak pun turut sama beku. Jari beku. Sikit lagi nak frost bite. Makin lama makin sejuk bilik moderator ni. Macam nak bunuh dan hapuskan semua moderator secara perlahan je. Ini semua salah Qen la ni, sebab menolak cinta abang2 facilities tu. Kan abang tu dah balas dendam ni. Turunkan suhu aircond di bawah paras beku. Atau mungkin aircond Astro ni diimport dari Alaska.

Sejuk weh. Serious shit. Time ni kalau ada siapa2 ofer aku makan ABC, mau aku terus muntah darah. Cerita pasal Genting Highland pun dah buat aku rasa ngilu teramat. Segala-gala organ dalaman aku terasa mengecut. Nasib baik aku perempuan, takde itewwww. Kalau tak mesti dia dah tersorok kemalu-maluan. Olololo comelnya. Kuci kuci kuci. Hins

Bila dah duduk lama dalam bilik sejuk ni, balik rumah badan sakit2. Lenguh, berbisa je rasa tulang. Membuatkan aku bertambah tak sabar nak berhenti kerja. Tapi bila kelmarin aku belek2 slip gaji aku, buat aku berbelah-bagi pulak. hehe.

Aku ada 5 plan besar. 2 daripadanya untuk 2 bulan ni. Lagi 2 plan untuk 6 bulan akan datang. 1 lagi tu jauh lagi. Semuanya bergantung pada rezeki dan nasib. Aku harapkan sangat supaya rezeki aku murah. Rezeki datang bergolek. Nasib baik menyebelahi aku. Semoga aku tak lupa diri dan plan berjalan lancar. Doakan aku tau tau.

Saturday, October 17, 2009

Dia Istimewa


Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Babe. Yang ke berapa? 21 thn? oh. Muda lagi. Patut la selalu emo tak menentu. hehe

Babe, i just want you to know that, you are so so so fucking special to me. I sangat appreciate your existance. You ada ketika susah dan senang. You banyak bersabar dengan karenah i. You baik. You memang deserve the best in everything in your life and akhirat. hik

You kan umpama kekasih no. 2 i. Sanggup datang teman supper pukul 2-3 pagi. Sanggup angkat call i tak kira time semata2 nak kena dengar i maki orang lain. Sanggup jadi stalker i.. Eii macam2 lagi la yang you sanggup. hahaha

Semoga umur panjang dan sihat dan kaya dan bahagia dan bebas hutang. Sayang Yuhainis Kamardin ni! Xoxo

Wednesday, October 14, 2009

Ada orang bagi aku gelang utk hadiah birthday dia. Pelik tapi benar.

Tak tau nak letak mukadimah apa. Korang terus baca je la bebelan aku yg tak cukup tidur + senggugut + kesejukan gila babi kat ofis ni.

Petang semalam aku kat Giant, nak beli ikan. Masa tunggu akak ikan tu siangkan ikan aku, ada lelaki Bangla minta tolong akak ikan tu siangkan ikan dia sekali. Bangla tu cakap baik2 je. Pastu akak tu tengking dia "Tunggu kejaplah!".

Terkejut aku. Kau siapa nak hina2 orang lain? Mentang2 dia pendatang, kau fikir kau ada hak la nak tengking2 orang macam tu? Sakit sial hati aku. Nak je aku capai pisau tu pastu rodok2 je akak tu. Sumpah aku bengang gila.

Bangla tu mungkin terasa, pastu dia terus cakap, "Tak apa la akak, saya boleh cuci sendiri juga". Pastu akak tu balas balik dengan nada kurang ajar "Kejap, aku timbang dulu ikan ni!" Kalaulah aku ni ada lesen bunuh orang, akak tu antara orang yang aku bunuh dah la.

Aku pantang la orang yang sesuka hati je nak hina2 orang lain, nak kurang ajar macam tu. Macam la Bangla tu ada kes dgn dia. Kesian tau Bangla tu, muka tak bersalah. Kena tengking tak pasal2 depan orang ramai. Kalau aku jadi Bangla tu, aku tunggu akak tu kat luar Giant, pastu rogol ramai2. hahahaha

Nak kata akak tu badmood, dengan aku boleh pulak bergurau mesra. Aku pasti sangat akak tu pun bukan orang sini. Muka dia macam orang dari seberang. Haaaa aku dah start la ni nak hina2 orang. Stop it Baizura. Hehe.

Ingin aku tekankan di sini, kita janganlah membeza-bezakan orang. Layan je semua orang sama rata. Tak kira la dia kuli kau ke, gaji dia lagi rendah dari kau ke, hidung kau lagi mancung dari dia ke, kulit kau lagi halus dari dia ke. STOP. Selagi orang tu tak kacau telur laki kau, or buat salah dengan kau janganlah kurang ajar. Tak rugi pun nak berbaik sesama manusia.

Apa perasaan kau kalau kau pergi negara orang, pastu rakyat sana layan kau macam sial? Kau pergi UK, pastu mat saleh lalu sebelah kau, tanpa sebab musabab tiba2 je dia ludah muka kau. Apa kau rasa?

Ok skip satu chapter. NEXT..

Tadi kat pantry Astro dalam pukul 11pm, tengah aku buat air ada cleaner Nepal tegur aku. Memang dia kalau nampak muka aku je mesti tegur, "Hai KAKA, how are you?" Dia ni lelaki tapi ala2 lembut sikit la, so aku takde la terfikir dia nak mengurat aku ke apa.

So tadi aku borak2 la dengan dia kejap. Aku tanya dia balik pukul berapa dan esok masuk kerja pukul berapa. Dia cakap dia balik pukul 11.30pm, esok masuk kerja balik pukul 7 pagi. Mak aih lama gila working hours dia. Tiap2 hari kerja 7am-11.30pm. 16 jam setengah.

Then aku tanya lagi, kenapa lama sangat? Dia cakap dia OT, kalau dia buat OT lepas pukul 5pm, dia dapat la extra RM1.20 sejam. WTF RM1.20 je sejam? Kesian gila. Kejamnya majikan dia. (FYI, company dia dapat tender utk Astro, so dia bukan kerja direct bawah Astro la)

Aku dapat keinsafan sekejap. Dulu aku selalu bising gaji aku sikit sangat. 3 tahun pertama aku kerja kat Astro ni, gaji aku naik RM90 je ok. haha. Tekanan gila aku. Baru tahun ni Astro buat pelarasan gaji, baru aku puas hati dengan gaji aku. Alhamdulillah. Tinggi jugalah increment. Walaupun masih tak cukup juga sebenarnya. Hehehe

Betapa bongkaknya dan tak bersyukurnya aku. Eh, mungkin aku bersyukur dengan rezeki, tapi aku masih merungut. Dan kadang2 aku terfikir yang aku takkan sanggup nak kerja McDonald, or 7eleven yang gajinya hanya RM3.50 sejam. Yang kalau aku kerja 24jam non-stop tiap2 hari pun tetap takkan dapat lawan gaji aku sebulan sekarang ni. (I didn't mean to show off gaji aku, gaji korang lagi banyak berganda2 dari gaji aku, aku tau)

Aku masih lagi berangan-angan dan cemburu dengan orang yang gaji 5 angka sebulan. Ini ke tanda2 aku ni antara orang yg tak tau bersyukur? Kalau aku mau jadi orang yang bersyukur, patut ke aku berhenti berusaha?

Aku keliru. Aku harap korang pun tak keliru la dengan apa yg aku cuba nak sampaikan ni. Aku tak bagus, sangat tak bagus nak explain apa dalam otak aku ni.

Aku just nak cakap, aku di dalam persimpangan dilemma ni. Aku dah berkira2 nak resign. Nak move on. Jeng jeng jeng. Tapi ada pros & cons.

Aku ada tak sampai 2 bulan je nak buat keputusan ni. Aku percaya rezeki ada di mana2kalau rajin mencari. Tapi aku tetap takut nak hadapi risiko. Aku banyak tanggungjawab.

Saturday, October 10, 2009

We Won!

Click gambar utk besarkan.
Petikan dari website TV Innovation Awards
Interactive TV

There are already a wide range of interactive TV applications and experiences being promoted by operators around the world. However, while some of these are truly advanced applications, others only include a one-way interaction from the viewer. Hence, for the purposes of these awards, we are defining this category to only include technologies and solutions that enable a two-way interactive experience using some form of back channel. This can be between the viewer and either the TV program itself or an interactive application using the TV as the portal to interact the content provider. This will include TV shows where the viewer can influence the content being shown, interactive advertising, intuitiveprogram guides, shopping, betting, gaming, etc.

Entries are welcome from interactive content providers, middleware solutions, and operators rolling out these advanced technologies.

The Finalists:

Interactive TV
Itaas
Jinni
Astro


The winners of this year’s TV Innovation Awards were announced during the TV 3.0 Summit at the Beverly Wilshire Hotel in Beverly Hills on October 6th. Asked about the background to the awards, IMS Vice President Ian Weightman stated, “As the TV industry evolves to a true on-demand experience, with users able to access extensive libraries of content to be viewed at a time and place and on the device of their choosing, many new challenges and opportunities are presented. The goal of the TV Innovation Awards is to recognize the most forward-thinking companies creating products and services that are driving this new TV paradigm, which is often referred to as TV 3.0. We received well over 100 entries for this year’s awards, which were judged by an independent panel of 14 industry experts. We were especially pleased to have received a large number of entries from Asia and Europe as well as from the US.”

There were 13 categories of awards presented, each representing the key technologies that will be necessary as the world moves towards TV 3.0. The winner of each category was then put forward to a final round of judging in which the overall Innovator of the Year was selected: This year the honor of Innovator of the Year went to Advanced Digital Broadcast (ADB).

Friday, October 9, 2009

Apa kau ingat kau sorang je ada emo PMS?

Perut aku kembung (tak mau guna 'boroi', nanti self-esteem aku menjunam). Kesan makan tanpa henti. Aku kerap lapar. Dah makan, tak sampai sejam lapar balik. Macam bela hantu raya. Tapi orang bela hantu raya, badan kurus kering. Aku ni gemuk basah. (tak kelakarlah Bai)

But serious shit I must to get back in shape. Sebab aku dah tak mampu nak shopping pakaian baru. Jeans yg sebelum ni sepatutnya memerlukan tali pinggang sebagai alat sokongan, dah pandai survive sendiri.

Inikah harga untuk sebuah kebahagiaan? Orang cakap gemuk tanda happy. Aku memang tengah happy, tapi aku takkan rasa happy kalau gemuk.

Aku malas dah nak plan apa2. Aku cerita kat korang pun, macam korang boleh sponsor liposuction untuk aku.

Aku ni clingy la. Dah tak boleh tinggal kat rumah sorang2. Sunyi, sayu, sepi je rasa. Nak bela kucing. Tapi aku takut nanti kucing aku rasa teraniaya, terbiar, terabai lantas terjun dari tingkat 19. Nanti dia mati jadi hantu kucing, tengah2 malam mintak susu. Meowww purrrr meowww purrr. Aku takut.

To be continued... Tipu je

Tuesday, October 6, 2009

Sang Romeo Kota Bertambah Usia

I wish I could write a song for you or at least a beautiful lyric, just to show you how much I am passionate about you. Unfortunately I must admit, I am not talented as you are. So I just copy this lyric that I believe could express my lovesick towards you. I adore the song writer a lot as much as I adore you.

OBSESIKU
Song/Lyric/Singer: Firdee Akassya

Matamu, bibirmu, pipimu dan juga senyummu..
Membuat aku lebur hanyut di dalam ghairah..
Kernamu..

Tubuhmu, harummu, hatimu..
Oh semua aku mahu...

Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu..
Luahkan perasaanku dan membisikkan aku cintakan mu..

Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu..
Semoga kau tahu, ku gilakan mu..

Auramu membujuk rayu hatiku..
Sering bergoncang jiwa ini..
Siang malamku gundah tiada melihat wajahmu..
Ku rindu...

Happy Birthday Sayang. Semoga panjang umur, bertambah matang, diperlipat-gandakan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, bertambah sukses, tercapai impian dan cita-cita, dan yang paling utama, dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. I sayang you. Lots

XOXO

Monday, October 5, 2009

Hey hey!

Tak tau nak tulis apa sebenarnya tapi nak update jugak. Hoh dasar attention whore aku ni. Nasib baik la ramai jugak yang sayang. he he he

Take care. Jangan nakal-nakal, jangan curang terhadap pasangan.

Bye

Sunday, October 4, 2009

The Art of Being Wise is Knowing What to Overlook

Fuck lah PMS aku ni. Setakat nak effect mood aku, boleh handle lagi. (walaupun hakikatnya, orang2 sekeliling aku yg banyak bersabar haha) Ni dengan jerawat naik tak nak surut2, selera makan bertambah 888 kali ganda, badan lesu rasa macam nak jalan merangkak je. Haih

Ni baru nak kena handle PMS, nanti kalau aku pregnant macam mana la hormon2 aku ni mengganas gamaknya. Mau suami aku sarungkan straight jacket kat aku nanti.

eh macam kinky pulak straight jacket ni, mana mau cari eh? hehe


Selamat Hari Lahir Abah. I Love You. (nak cakap depan2, malu haha)

Tuesday, September 29, 2009

Boom Boom Pow!!!

hari ni something wrong la dgn aku.
tak tau apa yang aku salah makan sampai buat aku tak keruan ni.
agak mengganggu aku tapi orang lain tak faham.
tapi takpe aku dah dapat jalan penyelesaian.

ahkak hepi hepi hepi!

hahahahahhahahahahahhahaah!

bye

Misteri Nusantararara

Qen belikan aku nasi lemak.
Nasi lemak ni sedap.
Telur rebus kat nasi lemak ni kembar tu u'olss.
Tengok telur kuning tu, ada 2.
Agak2 kalau aku makan sekarang, nanti aku kahwin boleh dapat anak kembar tak? hehe

Monday, September 28, 2009

Ahli 2-4-3 merempat di Vista 19-07

Nak juga selit gambar bilik dengan langsir baru. Hari tu macam gempak sangat je aku dok gebang2 pasal beli curtains baru utk bilik. Haha

Laksa Johor, nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, kuah lodeh, ayam masak merah, nasi tomato dan air bandung. Semua ni aku masak sorang2. Lemang tu pun aku bakar belakang rumah. Percaya tak? Bagus. Diorang pun tertipu, mula2 diorang kagum gila sebab mati2 percaya aku gigih nak masak semua ni. hahaha

Bibik dari USA (bersinglet biru) sedang bertarung 'Pelawan Jalanan' dengan Jenab. Pics Rockstar DEB dikalahkan Jenab takde pulak dlm camera.

Menjelang senja. Bila tengok gambar ni baru aku perasan, malam tu aku dengan Rumet je mandi malam.

Aksi Tuan Rumah mengalahkan Jenab si juara bertahan yang berlagak nak mampos gelak dia sungguh annoying sampai rasa nak humban dari tingkat 19.

Eleh Jenab poyo je letak tuala kat kepala tu, macam mandi je. haha

Nanti aku fikirkan caption yg sesuai utk gambar ni. Buat masa ini, mari kita gelakkan mereka dulu. Huahuahuahuhuahuahuauhuhahuauhahahuauuhauhuhahuaauhuauhwakakakakahuahuauhauha

Sorry kalau ada yang terasa sbb tak dijemput. Tak plan pun ni. Bukan open house pun.

Saturday, September 26, 2009

TAG paling bangang/kelakar so far aku dapat.

Tag oleh Rumet.

1. Apakah yang sedang anda lakukan sekarang?
Baring atas sofa hitam throw merah, sambil menunggu update iPod siap.

2. Kalau boleh, apa yang anda ingin lakukan sekarang?
Pampering myself, manicure, pedicure, facial, lulur, massage, waxing. Tapi malas nak keluar rumah.

3. Apakah nama neighbour anda yang anda tahu?
Lupa la nama Ahso garang gila sebelah rumah ni, hari tu dia ada bagitau. Hari2 aku dengar dia maki hamun maid dia. Kesian tau.

4. Bilakah kali terakhir anda bercuti dengan rakan-rakan/ahli keluarga/perempuan simpanan/lelaki simpanan/ seorang diri?
July, Pulang Redang & Jakarta.

5. Jika tiada orang di sekeliling anda akan..?
Kentut kuat2.

6. Warna langsir kegemaran anda adalah..?
Warna yang gelap gila, supaya cahaya matahari tak tembus. Sangat sesuai utk orang yg bekerja shift, so takkan tau perbezaan siang dan malam.

7. Apakah perangai rakan anda yang anda paling menyampah?
Yang tak tau bawak diri sendiri. Menyusahkan orang.

8. Siapakah rakan anda yang paling kelakar?
Noorismawati Ishak. Lawak nak mampos aku rasa nak bagi award. (Rumet, jawapan kita sama. Takde lagi sesape yg boleh buat lawak secilake Jenab ni)

9. Yang paling tak kelakar pulak?
Erk, bos dikira rakan ke tak?

10. Anggota badan anda yang paling hot?
Leher, time demam sangat panas.

11. Anggota badan pasangan anda yang paling hot? (*feedback pembaca blog anda kepada jawapan anda adalah tanggungjawab sendiri heheh!)
Bulu dada dikira anggota badan tak? huahuahuahua.

12. Siapakah celebrity yang anda paling suka tengok kat red carpet?
Brad Pitt & Angelina Jolie la u ollsss.

13. Apakah perkara yang anda wajibkan kepada semua pasangan anda lakukan kepada anda?
Semua pasangan? Ini soalan memerangkap diri sendiri ni. Skip! Nextttt!

14. Adakah mereka suka melakukannya?
Kami mengamalkan kaedah GIVE & TAKE.

15. Perangai anda yang anda paling tak suka?
Boros. Duit saving yang aku ada hanyalah duit syiling di dalam tabung katak aku sahaja.

16. Perangai anda yang anda paling suka?
Penyayang. Aww awww

17. Kalau anda boleh belasah sesiapa sahaja pada masa sekarang, siapakah orang yang anda nak belasah itu?
Aku tak nak belasah, aku nak tembak mati terus je. AAA & SHMA.

18. Kalau anda boleh pilih apa-apa kerja, apakah kerja yang anda mahukan sekarang?
Pengasas MLM yang pertama. Best gila makan duit atas angin.

19. Jika anda seorang yang sangat kaya dan dibenarkan memelihara anak-anak ikan, siapakah yang anda akan pilih untuk menjadi anak-anak ikan anda?
Erm ermm.. Hmm. Aku kurang berkenan dengan lelaki lebih muda. Tapi kalau sekarang umur aku 40an, aku pilih Aqasha, Aqasha dan Aqasha la kot. (jawapan selamat) *pheww*

20. Adakah anda bahagia?
Bahagia bila soal ‘INSECURITY’ tak dibangkitkan.

Aku tag semua yang ada dalam blog list aku ni. Sila2.

Wednesday, September 23, 2009

Tora datang lagi


Anies belikan aku piyok kukus ni kat Padang Beso. Cepat la balik Anies oiii. Gua tak sabar nak buat kuih pau inti kari ayam ni. Gua buatkan la seketul dua pau inti kacang merah utk lu, gua tak gemar sangat inti2 yang not meaty ni.

Seperti biasa, aku akan sexcited dengan benda baru. Oven yang aku beli 2 bln lepas tu, dah tak terusik pun. Bahan2 buat kek pun dah simpan dalam kotak. Haha. Lepas ni aku akan gila masak benda2 kukusan pulak. Hahaha.

Apa lagi eh yang boleh dibuat dengan piyok kukus ni? Idea please. Aku sungguh sexicted.

Get ready Sang Romeo Kota & Cik Rockstar DEB, korang akan dipaksa menghabiskan makanan yang I buat. Harap tabah.

Mulai esok aku cuti 5 hari. Harap-harap ada la jemputan majlis open house setiap hari ni demi meneruskan kehidupan sehingga dapat gaji bulan depan.

Till then. Take care sahabat. ;)

Tuesday, September 22, 2009

Life sux at times, but other than that it's pretty sweet

Aku tak puas lagi beraya.
Tak puas makan lauk hari raya.

Aku nak makan:
..ketupat nasi
..lemang jagung
..ketupat pulut manis inti kacang tanah
..sambal kacang
..lontong + sambal tumis udang
..rendang ayam yang pedas
..rendang daging tok'
..satay

So, aku bercadang nak buat open house nanti. And aku akan make sure semua menu2 yg aku mengidam ni ada time tu. Nak ajak ramai2, tapi masalahnya rumah aku kecik. Tak muat nak sumbat semua orang. Aku pulak jenis tak suka nak layan tetamu dari pagi sampai ke malam, letih woo nanti. Dah la aku sorang2.

Maka untuk menyenangkan aku, korang wajib ajak aku ke open house rumah korang. Kalau ada tiap2 hari sepanjang Syawal ni lagi bagus, boleh aku makan free. Duit dah kering ni. Venue sekitar Lembah Klang je la. Kalau jauh2, baik aku masak sendiri. :p

Menu wajib open house, kalau korang perasan kan.. Mesti ada Mee Kari, tak pun Mihun Sup, tak pun roti jala, tak pun nasi ayam.

Lepas tu, hidang air gas. Tak sajak la raya2 ni hidang air botol. Bawak2 la hidang air sirap selasih ke, air bandung soda ke.

Wargh aku lapar! Aku nak gi breakfast ni. Mintak2 Satay Haji Samurai kat KESAS Awan Besar tu dah bukak time ni. Tata

Monday, September 21, 2009

My big happy family during Raya.

Kecewa sebab tak sempat nak ambil gambar ramai2 satu family. Asyik melayan tetamu yang datang. Pastu masing2 dah berkejar nak balik kampung family mentua pulak. Tahun depan agak2 aku sempat ke tak nak rasa lagi beraya sebagai orang bujang? Nahhh! Hahaha

Yang rambut blonde tu nenek aku. haha

Family kakak no.2

Adik aku.

Abang no.1

Abah aku bergambar dgn Scarlett Johanson

Abang no.2

Mengandam adik bongsu aku

Kakak No.1

aku suka gambar ni. Abah and the cucus. Semua sepasang2. Minta2 sempat jugak la aku nak bagi sepasang cucu kat abah nanti. huehuehue

Sunday, September 20, 2009

Camwhoring adik beradik vain














Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin!

Wednesday, September 16, 2009

Jualan Murah! Lelong lelong!

Aku sedikit frustrated. Mungkin aku bukan seorang yang layak untuk berbicara pasal agama. Pasal nilai kemanusian, mungkin aku boleh sikit2. Sebab sudah terang-terangan aku memang seorang manusia. Bukan kerusi, bukan kipas, bukan nasi.

Si batu api. Si pengadu domba. Si pembuat fitnah. Si penyebar aib. Si penyibuk.

Semua ni datang dari satu punca = HATI. Hati yang sakit, hati yang busuk, hati hitam, hati yang sudah rosak.

Penuh hasad dengki. Dendam. Sakit hati. Tak boleh tengok kelebihan orang lain. Malah kekurangan orang pun digali, dicaci.

Sikap macam ni ke kita nak turunkan kepada anak2 kita nanti?

Aku bukan seorang umat yang baik. Aku mengaku, aku selalu lalai. Aku masih bertatih membaiki diri. Tetapi, Insya-Allah, akidah aku masih utuh.

Aku juga berdoa, sekiranya ditakdirkan aku menjadi seorang umat yg sempurna aku tidak akan berbangga dengan ibadah aku. Ibadah aku hanya untukNya. Bukan untuk dimegah-megah. Dan aku juga tidak akan sesekali menghina orang-orang yg tidak mengikut suruhanNya.

Bermegah dengan harta duniawi, menunjuk-nunjuk kebolehan dan bakat diri bagi aku itu normal. Manusia ada bakat, ada harta memang tujuan mereka untuk menunjuk. Beli kereta besar, duduk rumah banglo, masuk pertandingan menyanyi untuk tujuan apa kalau bukan untuk menunjuk? Kita boleh nafi, kita cakap itu utk keselesaan, utk kepuasan diri. Terdetik rasa bangga tu jatuh dalam kategori mana?

Benda tu takkan jadi masalah kalau kita boleh terima kelebihan orang lain, lagi bagus kalau ia mampu buat kita rasa tercabar dan berusaha sendiri ke tahap tu. Bukan mempertikaikan dari mana sumber rezeki mereka, halal ke tidak. Diorang ni bersedekah ke tidak, solat cukup ke tidak?

Sudah-sudahlah tu nak korek cerita pasal Fasha Sandha, cukup-cukuplah tu nak mengeji Memey, menghina Waheeda sebagai perampas. Ehem tipu la kalau aku pun takde rasa sedikit meluat dengan diorang ni. hehe. Tapi bila fikir2 balik, hey bukan suami aku pun yang kena rampas. Bekas isteri diorang pun aku tak kenal langsung. Siapalah aku yang nak menyibuk mencaci konon2 nak mempertahankan insan teraniaya?

Kebencian. Atau bak kata Sang Romeo Kota, "Virus B3NC1". Sama bahaya dengan virus2 lain, berupaya membunuh, mampu melayangkan nyawa. Orang kata, bila hati dah benci, nak tengok muka pun dah tak lalu lagi. Korang benci aku? Haaa, apa lagi tekan pangkah kat kotak merah belah kanan atas sekali tu. Berhenti ambil tahu pasal aku, Insya-Allah, lebih tenang hidup korang nanti. Aku pasti tu.

Aku tak pasti sama ada aku ada membenci orang atau tidak. Nak kata ada, tak sedap hati pulak nak mengaku. Rasa macam aku jahat bila aku ada membenci orang. Nak kata tak ada, isk macam mulia sangat je aku ni.

Aku mungkin ada membenci orang, tapi ianya just a phase. Time sakit hati, memang makan sumpah aku je la orang tu. Jarang aku attack orang berdepan. Paling kuat pun aku cari gang untuk dengar masalah, dan ajak dia tolong dengar aku maki hamun sampai aku puas hati.

Just lately, aku sedikit kejam la, mungkin ini effect panas baran aku yang datang balik. Itu pun sebab aku dah lama tahan sabar. Aku fikir, eh dia ni tak sensitif pasal aku, kenapa aku perlu jaga hati dia ni? Makin dibiar, makin menjadi-jadi dia ni. Zasss, ambik kau! Sedap tak rasanya cakap tak guna otak?

Untuk pembenci-pembenci aku, bencilah aku semahumu. Gua takde hal, gua tetap makan nasi jugak. Gua bangun2 tidur, tetap ada SMSes dari insan-insan kesayangan jugak.

Mungkin dengan membenci aku, hidup korang akan lebih sempurna dan bahagia. Aku tumpang terharu aku masih mampu membahagiakan korang tanpa korang sedar. Aku mampu menyentuh kehidupan korang.

Jangan risau, aku tak akan buat apa2, doakan kecelakaan kau pun tidak, jauh sekali nak mendoakan kebaikkan. I'm not that nice.

Tuesday, September 15, 2009

Si Cecep Itu Menyalak Lagi!

Tajuk entry takde kena mengena pun. Aku mengantuk gila ni. Pagi tadi aku bangun pukul 9 pagi setelah tidur lebih 13 jam. Gila ah. Balik kerja petang semalam, aku masak2 makan then ingatkan nak lelapkan mata kejap je sebab nak jumpa Rumet yang baru balik dari US. Sekali boleh tertidur terus, tersedar pukul 5 pagi. Reply2 SMS gedik sedas dua, pastu tertidur lagi. Cover balik tidur malam sebelumnya kot, aku dpt tidur 2 jam je kelmarin.

Bangun tidur, terpaksa layan SMS auntie aku. Sesi meluah masalah. Dia gaduh dgn mama aku. Apa la, dah tua2 pun bergaduh lagi. Aku sebagai peace-maker, dengar je la. Aku buat lawak2 bodoh je. Just tak nak kasi dia stress. Aku malas nak masuk campur, kang tak pasal2 aku pulak gaduh dgn mama aku kang. Haha.

Dah bosan layan Auntie aku, aku buka laptop. Layan minah rockstar DEB kat YM, sambil mengumpat2 dengan akak aku sikit2. Pastu aku kaut kain baju aku semua, bawak ke ruang tamu then lipat balik. Hari tu aku punggah keluarkan baju2 aku dari dalam almari, ingatkan nak lipat kemas2 balik. Tapi dari sehari ke sehari aku dok tangguh.

Aku tak suka lipat baju, aku lagi suka cuci toilet dari lipat kain baju. Tapi terpaksa jugak la lipat, takut pulak kang tiba2 tikus buat sarang ke dalam timbunan kain baju aku tu. Lagipun dah sebulan kottt kain baju tu bertimbun. Malu kat tetamu.

Gambar di tempat kejadian

tadaaa.. Spot the difference.

Kerajinan aku luar biasa hari ni. Aku siap cuci peti ais, sental bontot2 kuali sampai berkilat, cuci setiap sudut toilet, tukar cadar, vakum, mop, cuci tingkap, sental dapur gas, cuci throw sofa, cuci pengesat kaki and kain buruk. Setahun sekali je aku super rajin macam ni. Haha. Sebenarnya, hari ni baru aku ada masa, kena pulak mood aku ok je.
Handsome tak kasut aku? hihi. Thanks Rumet.

Aku rasa sangat vain la. Aktiviti seharian yg boring ni pun nak tulis dalam blog ke? hahaha

Aku lapar. Aku mengantuk. Aku rindu.

Friday, September 11, 2009

Roaster

Jadual kerja aku bulan ni yang tunggang langgang tapi still bersyukur sebab dapat cuti raya pertama!

Eme merayu-rayu paksa aku buat tag ni. haihhhh

1. Nama timangan anda di rumah...
Scarlett Johanson

2. Anda seorang yang...
Poyo.

3. Lagu favourite
All time favourite aku, Malay - Tercipta Untukku/Ungu, English - You're Always On My Mind/Elvis Presley

4. Makanan kegemaran
Nasi.

5. Soalan telah daku abaikan....
Soalan ini la.

6. Warna kesukaan
Warna-warna kehidupan.

7. Benda yg mesti ada dalam beg
2 Hp, iPod, pendrive, ketip kuku, lip balm, wallet, kunci kereta/rumah, chewing gum, tissue, ubat migraine/asthma, rubber.

8. Kali terakhir anda menangis
Lupa la.

9. Sikap orang yang buat anda stress
Banyak bertanya/bercakap perkara2 yang tak penting, suka buat lawak bodoh, bercakap dalam nada yang kuat, orang yang suka buang masa aku utk layan perangai2 bodoh dia.

10. tag 6 rakan anda

1. Anies
2. Rumet
3. Sapik
4. Rini
5. Pesal
6. Cem
7. 6 orang je la.

Thursday, September 10, 2009

Raya OH Raya!

Aku rindu la nak sambut raya macam zaman aku kanak2 dulu2.. Time aku kecik2 dulu, family aku semua excited nak sambut raya. Aku rasa bukan family aku je, semua kottt. Tapi sekarang ni macam dah kureng la.. Dah tak meriah macam dulu.. Ke aku sorang je rasa macam ni?

1. Buat biskut raya.

Aku suka biskut semperit mak aku buat. Memang tiada tandingan. Tapi sekarang dia dah tak buat biskut raya lagi, dah lebih 10 tahun kot mak aku dah tak buat biskut raya.

Rindu ni, dah la resepi pun dia dah tak ingat. Orang lain buat semua tak sedap macam semperit mak aku, mencair dalam mulut wooo..

2. Tukar sarung kusyen & langsir baru

Dulu pakai kerusi rotan je, rumah siapa yg pakai kerusi sofa kira dah kaya gila la zaman tu. Punyalah seksa nak buka sarung lama, then sarungkan yang baru pulak. Pastu langsir mesti nak sedondon dgn sarung kusyen la kan. haha.

3. Gubah2 bunga

Ini wajib. Kalau boleh setiap sudut rumah nak kena ada bunga. Kalau bunga tahun lepas elok lagi, just cuci dan tukar gaya gubahan je. Kalau dah buruk or bosan, beli baru. Tak pun beli je pasu baru. Intai-intai jiran sebelah punya dulu, kalau boleh tak nak sama.

4. Cat rumah.

Satu rumah kena cat. Dari pagar luar rumah sampai lah ke dinding2 and palang tangga. Pintu toilet pun dicat jugak kalau ada cat lebih.

5. Gantung kad raya

Aku tak sure ada lagi tak orang yang hias rumah dia dgn kad2 raya. Lekat kat raya kat dinding, stepler kat daun2 pokok. Pastu nanti tetamu datang, diorang boleh baca2 la kad raya tu sambil tuan rumah buat air.

Lagi bangga kalau ada kad raya dari orang2 kenamaan. Korang pernah tak hantar kad raya kat Perdana Menteri? Tun Mahathir balas tau. Serious. Aku pernah. Masa sekolah rendah dulu la. Bangga tau bangga. haha

6. Pasang lampu liplap

Ini yang paling aku suka! Lagi2 kalau ada bentuk2 ketupat, bulan sabit bagai tu. Lagi best kalau siap ada muzik raya. Aku pernah tengok ada macha ni siap pasang lampu liplap dalam kereta dia. Itu melampau la.

7. Pasang pelita

Aku teringat lagi satu kes ni, kitorang beli pelita plastik. Pastu kakak-kakak aku ni bijak sangat, isi petrol dalam pelita tu. Plastik tu tak tahan dengan petrol, so dia cair. Terbakar depan rumah aku.

Akak aku sorang ni, nama je engineer belajar tinggi2, dia pergi siram dengan air, lagi marak la api tu. Kitorang semua dah menjerit2 dah depan rumah. Takut woo. Mak aku tau mampus haha. Then kakak aku sorang lagi, ambik pasir and kambus api tu. Sampai sekarang aku trauma nak pasang pelita lagi. haha

8. Malam raya

Semua kumpul depan TV sebab nak dengar pengumuman raya oleh Penyimpan Mohor2 Besar Diraja. Padahal dah tau awal2 dah raya hari apa. Korang ada rasa DEjavu tak tiap kali dengar pengumuman raya tu? Rasa SESUATU la. Pastu korang perasan tak lenggok suara, ayat yang digunakan setiap tahun sama je. Ke memang orang yang sama dari dulu? Kalau betul, panjang betul umur dia.

9. Shopping raya

Chow Kitt Road, Kamdar, Sogo, Hankyu Jaya, Jalan Masjid India - semua tempat wajib kitorang kena pergi. Sekarang nak pergi pun pikir ratus2 kali dulu, tak sanggup dah nak redah jam, nak cari parking, nak usung barang lagi. Bila dah besar panjang, mama and abah aku bagi duit suruh masing2 beli sendiri je.

10. Balik kampung

Sobs sobs. Last sekali aku balik kampung masa aku form 3. Padahal nenek aku hidup lagi sampai sekarang. Saudara mara aku pun ramai lagi kat kampung tu. Dulu tiap2 tahun balik kampung tu memang upacara wajib la.

7 beradik sumbat dalam satu kereta. Mak aku dok depan riba sorang adik aku, yang kat belakang himpit2 la lagi 6 orang. Sempit tapi enjoy gila! Kelantan, bukan dekat. Dulu takde hiway, mau 8-9 jam perjalanan.

Ada la insiden2 yang buat kitorang semua dah tak balik kampung lagi. Lagipun semua dah besar panjang, adik beradik aku pun ramai yang dah kahwin. Rindu gila nak sambut raya suasana kampung.

Nak buat ketupat, ambik kat pokok kelapa depan rumah je. Pastu lidi2 dia mak aku kumpul utk buat penyapu lidi or lidi sate. Nak mandi or buang air kena tunggu turn. Ada perigi, dalam perigi ada labi2. Best tau tak best? Best gila. Sobs

Tahun ni abah aku balik sorang2 je. Mak aku tak sihat, tak boleh nak ikut sekali. Aku pulak takde cuti. Tapi abah aku balik pun petang raya, so pagi raya still boleh salam2 raya. hik. Tahun ni best, sebab semua adik beradik aku ada pagi raya. Dah lama tak berkumpul semua sekaligus sejak diorang dah kahwin.

Aku dah hilang semua nostalgia ni. Mustahil dah nak dapat macam ni lagi... Raya kitorg just salam raya, ambik angpau, then makan ketupat sampai kenyang.

Takde dah macam dulu, sambil tunggu tetamu datang sambil layan Circuss kat TV...