Tuesday, September 15, 2009

Si Cecep Itu Menyalak Lagi!

Tajuk entry takde kena mengena pun. Aku mengantuk gila ni. Pagi tadi aku bangun pukul 9 pagi setelah tidur lebih 13 jam. Gila ah. Balik kerja petang semalam, aku masak2 makan then ingatkan nak lelapkan mata kejap je sebab nak jumpa Rumet yang baru balik dari US. Sekali boleh tertidur terus, tersedar pukul 5 pagi. Reply2 SMS gedik sedas dua, pastu tertidur lagi. Cover balik tidur malam sebelumnya kot, aku dpt tidur 2 jam je kelmarin.

Bangun tidur, terpaksa layan SMS auntie aku. Sesi meluah masalah. Dia gaduh dgn mama aku. Apa la, dah tua2 pun bergaduh lagi. Aku sebagai peace-maker, dengar je la. Aku buat lawak2 bodoh je. Just tak nak kasi dia stress. Aku malas nak masuk campur, kang tak pasal2 aku pulak gaduh dgn mama aku kang. Haha.

Dah bosan layan Auntie aku, aku buka laptop. Layan minah rockstar DEB kat YM, sambil mengumpat2 dengan akak aku sikit2. Pastu aku kaut kain baju aku semua, bawak ke ruang tamu then lipat balik. Hari tu aku punggah keluarkan baju2 aku dari dalam almari, ingatkan nak lipat kemas2 balik. Tapi dari sehari ke sehari aku dok tangguh.

Aku tak suka lipat baju, aku lagi suka cuci toilet dari lipat kain baju. Tapi terpaksa jugak la lipat, takut pulak kang tiba2 tikus buat sarang ke dalam timbunan kain baju aku tu. Lagipun dah sebulan kottt kain baju tu bertimbun. Malu kat tetamu.

Gambar di tempat kejadian

tadaaa.. Spot the difference.

Kerajinan aku luar biasa hari ni. Aku siap cuci peti ais, sental bontot2 kuali sampai berkilat, cuci setiap sudut toilet, tukar cadar, vakum, mop, cuci tingkap, sental dapur gas, cuci throw sofa, cuci pengesat kaki and kain buruk. Setahun sekali je aku super rajin macam ni. Haha. Sebenarnya, hari ni baru aku ada masa, kena pulak mood aku ok je.
Handsome tak kasut aku? hihi. Thanks Rumet.

Aku rasa sangat vain la. Aktiviti seharian yg boring ni pun nak tulis dalam blog ke? hahaha

Aku lapar. Aku mengantuk. Aku rindu.

6 comments:

SwapNAVY said...

life must goes on..itu jer dapat kate...keep in touch

rawsktar said...

minah rockstar DEB? dem yu DMB.

rawsktar said...

kacak kasut.pheewit.

|\]|_LOV3_|[/| said...

hell yeah..
....................../´¯/)
....................,/¯../
.................../..../
............./´¯/'...'/´¯¯`•¸
........../'/.../..../......./¨¯\
........('(...´...´.... ¯~/'...')
.........\.................'...../
..........''...\.......... _.•´
............\..............(
..............\.............\

dakMikez said...

bwh kusi belah kanan tu penimbang berat ke apa?

Bewilder said...

Rileks la Cecep, hal2 dalam kapet pun nak di bawak dalam ni. Janganlah cabarlah kesabaran i. awwww

Swap, walaupun aku tak faham apa kena mengena komen ko dgn entry ni, but thanks k. ;)

Huahuahua DEB. thanks. hik

Aryana, mata ko ni tajam betul. ko patut jadi detektif. haha