Tuesday, September 29, 2009

Boom Boom Pow!!!

hari ni something wrong la dgn aku.
tak tau apa yang aku salah makan sampai buat aku tak keruan ni.
agak mengganggu aku tapi orang lain tak faham.
tapi takpe aku dah dapat jalan penyelesaian.

ahkak hepi hepi hepi!

hahahahahhahahahahahhahaah!

bye

Misteri Nusantararara

Qen belikan aku nasi lemak.
Nasi lemak ni sedap.
Telur rebus kat nasi lemak ni kembar tu u'olss.
Tengok telur kuning tu, ada 2.
Agak2 kalau aku makan sekarang, nanti aku kahwin boleh dapat anak kembar tak? hehe

Monday, September 28, 2009

Ahli 2-4-3 merempat di Vista 19-07

Nak juga selit gambar bilik dengan langsir baru. Hari tu macam gempak sangat je aku dok gebang2 pasal beli curtains baru utk bilik. Haha

Laksa Johor, nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, kuah lodeh, ayam masak merah, nasi tomato dan air bandung. Semua ni aku masak sorang2. Lemang tu pun aku bakar belakang rumah. Percaya tak? Bagus. Diorang pun tertipu, mula2 diorang kagum gila sebab mati2 percaya aku gigih nak masak semua ni. hahaha

Bibik dari USA (bersinglet biru) sedang bertarung 'Pelawan Jalanan' dengan Jenab. Pics Rockstar DEB dikalahkan Jenab takde pulak dlm camera.

Menjelang senja. Bila tengok gambar ni baru aku perasan, malam tu aku dengan Rumet je mandi malam.

Aksi Tuan Rumah mengalahkan Jenab si juara bertahan yang berlagak nak mampos gelak dia sungguh annoying sampai rasa nak humban dari tingkat 19.

Eleh Jenab poyo je letak tuala kat kepala tu, macam mandi je. haha

Nanti aku fikirkan caption yg sesuai utk gambar ni. Buat masa ini, mari kita gelakkan mereka dulu. Huahuahuahuhuahuahuauhuhahuauhahahuauuhauhuhahuaauhuauhwakakakakahuahuauhauha

Sorry kalau ada yang terasa sbb tak dijemput. Tak plan pun ni. Bukan open house pun.

Saturday, September 26, 2009

TAG paling bangang/kelakar so far aku dapat.

Tag oleh Rumet.

1. Apakah yang sedang anda lakukan sekarang?
Baring atas sofa hitam throw merah, sambil menunggu update iPod siap.

2. Kalau boleh, apa yang anda ingin lakukan sekarang?
Pampering myself, manicure, pedicure, facial, lulur, massage, waxing. Tapi malas nak keluar rumah.

3. Apakah nama neighbour anda yang anda tahu?
Lupa la nama Ahso garang gila sebelah rumah ni, hari tu dia ada bagitau. Hari2 aku dengar dia maki hamun maid dia. Kesian tau.

4. Bilakah kali terakhir anda bercuti dengan rakan-rakan/ahli keluarga/perempuan simpanan/lelaki simpanan/ seorang diri?
July, Pulang Redang & Jakarta.

5. Jika tiada orang di sekeliling anda akan..?
Kentut kuat2.

6. Warna langsir kegemaran anda adalah..?
Warna yang gelap gila, supaya cahaya matahari tak tembus. Sangat sesuai utk orang yg bekerja shift, so takkan tau perbezaan siang dan malam.

7. Apakah perangai rakan anda yang anda paling menyampah?
Yang tak tau bawak diri sendiri. Menyusahkan orang.

8. Siapakah rakan anda yang paling kelakar?
Noorismawati Ishak. Lawak nak mampos aku rasa nak bagi award. (Rumet, jawapan kita sama. Takde lagi sesape yg boleh buat lawak secilake Jenab ni)

9. Yang paling tak kelakar pulak?
Erk, bos dikira rakan ke tak?

10. Anggota badan anda yang paling hot?
Leher, time demam sangat panas.

11. Anggota badan pasangan anda yang paling hot? (*feedback pembaca blog anda kepada jawapan anda adalah tanggungjawab sendiri heheh!)
Bulu dada dikira anggota badan tak? huahuahuahua.

12. Siapakah celebrity yang anda paling suka tengok kat red carpet?
Brad Pitt & Angelina Jolie la u ollsss.

13. Apakah perkara yang anda wajibkan kepada semua pasangan anda lakukan kepada anda?
Semua pasangan? Ini soalan memerangkap diri sendiri ni. Skip! Nextttt!

14. Adakah mereka suka melakukannya?
Kami mengamalkan kaedah GIVE & TAKE.

15. Perangai anda yang anda paling tak suka?
Boros. Duit saving yang aku ada hanyalah duit syiling di dalam tabung katak aku sahaja.

16. Perangai anda yang anda paling suka?
Penyayang. Aww awww

17. Kalau anda boleh belasah sesiapa sahaja pada masa sekarang, siapakah orang yang anda nak belasah itu?
Aku tak nak belasah, aku nak tembak mati terus je. AAA & SHMA.

18. Kalau anda boleh pilih apa-apa kerja, apakah kerja yang anda mahukan sekarang?
Pengasas MLM yang pertama. Best gila makan duit atas angin.

19. Jika anda seorang yang sangat kaya dan dibenarkan memelihara anak-anak ikan, siapakah yang anda akan pilih untuk menjadi anak-anak ikan anda?
Erm ermm.. Hmm. Aku kurang berkenan dengan lelaki lebih muda. Tapi kalau sekarang umur aku 40an, aku pilih Aqasha, Aqasha dan Aqasha la kot. (jawapan selamat) *pheww*

20. Adakah anda bahagia?
Bahagia bila soal ‘INSECURITY’ tak dibangkitkan.

Aku tag semua yang ada dalam blog list aku ni. Sila2.

Wednesday, September 23, 2009

Tora datang lagi


Anies belikan aku piyok kukus ni kat Padang Beso. Cepat la balik Anies oiii. Gua tak sabar nak buat kuih pau inti kari ayam ni. Gua buatkan la seketul dua pau inti kacang merah utk lu, gua tak gemar sangat inti2 yang not meaty ni.

Seperti biasa, aku akan sexcited dengan benda baru. Oven yang aku beli 2 bln lepas tu, dah tak terusik pun. Bahan2 buat kek pun dah simpan dalam kotak. Haha. Lepas ni aku akan gila masak benda2 kukusan pulak. Hahaha.

Apa lagi eh yang boleh dibuat dengan piyok kukus ni? Idea please. Aku sungguh sexicted.

Get ready Sang Romeo Kota & Cik Rockstar DEB, korang akan dipaksa menghabiskan makanan yang I buat. Harap tabah.

Mulai esok aku cuti 5 hari. Harap-harap ada la jemputan majlis open house setiap hari ni demi meneruskan kehidupan sehingga dapat gaji bulan depan.

Till then. Take care sahabat. ;)

Tuesday, September 22, 2009

Life sux at times, but other than that it's pretty sweet

Aku tak puas lagi beraya.
Tak puas makan lauk hari raya.

Aku nak makan:
..ketupat nasi
..lemang jagung
..ketupat pulut manis inti kacang tanah
..sambal kacang
..lontong + sambal tumis udang
..rendang ayam yang pedas
..rendang daging tok'
..satay

So, aku bercadang nak buat open house nanti. And aku akan make sure semua menu2 yg aku mengidam ni ada time tu. Nak ajak ramai2, tapi masalahnya rumah aku kecik. Tak muat nak sumbat semua orang. Aku pulak jenis tak suka nak layan tetamu dari pagi sampai ke malam, letih woo nanti. Dah la aku sorang2.

Maka untuk menyenangkan aku, korang wajib ajak aku ke open house rumah korang. Kalau ada tiap2 hari sepanjang Syawal ni lagi bagus, boleh aku makan free. Duit dah kering ni. Venue sekitar Lembah Klang je la. Kalau jauh2, baik aku masak sendiri. :p

Menu wajib open house, kalau korang perasan kan.. Mesti ada Mee Kari, tak pun Mihun Sup, tak pun roti jala, tak pun nasi ayam.

Lepas tu, hidang air gas. Tak sajak la raya2 ni hidang air botol. Bawak2 la hidang air sirap selasih ke, air bandung soda ke.

Wargh aku lapar! Aku nak gi breakfast ni. Mintak2 Satay Haji Samurai kat KESAS Awan Besar tu dah bukak time ni. Tata

Monday, September 21, 2009

My big happy family during Raya.

Kecewa sebab tak sempat nak ambil gambar ramai2 satu family. Asyik melayan tetamu yang datang. Pastu masing2 dah berkejar nak balik kampung family mentua pulak. Tahun depan agak2 aku sempat ke tak nak rasa lagi beraya sebagai orang bujang? Nahhh! Hahaha

Yang rambut blonde tu nenek aku. haha

Family kakak no.2

Adik aku.

Abang no.1

Abah aku bergambar dgn Scarlett Johanson

Abang no.2

Mengandam adik bongsu aku

Kakak No.1

aku suka gambar ni. Abah and the cucus. Semua sepasang2. Minta2 sempat jugak la aku nak bagi sepasang cucu kat abah nanti. huehuehue

Sunday, September 20, 2009

Camwhoring adik beradik vain














Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin!

Wednesday, September 16, 2009

Jualan Murah! Lelong lelong!

Aku sedikit frustrated. Mungkin aku bukan seorang yang layak untuk berbicara pasal agama. Pasal nilai kemanusian, mungkin aku boleh sikit2. Sebab sudah terang-terangan aku memang seorang manusia. Bukan kerusi, bukan kipas, bukan nasi.

Si batu api. Si pengadu domba. Si pembuat fitnah. Si penyebar aib. Si penyibuk.

Semua ni datang dari satu punca = HATI. Hati yang sakit, hati yang busuk, hati hitam, hati yang sudah rosak.

Penuh hasad dengki. Dendam. Sakit hati. Tak boleh tengok kelebihan orang lain. Malah kekurangan orang pun digali, dicaci.

Sikap macam ni ke kita nak turunkan kepada anak2 kita nanti?

Aku bukan seorang umat yang baik. Aku mengaku, aku selalu lalai. Aku masih bertatih membaiki diri. Tetapi, Insya-Allah, akidah aku masih utuh.

Aku juga berdoa, sekiranya ditakdirkan aku menjadi seorang umat yg sempurna aku tidak akan berbangga dengan ibadah aku. Ibadah aku hanya untukNya. Bukan untuk dimegah-megah. Dan aku juga tidak akan sesekali menghina orang-orang yg tidak mengikut suruhanNya.

Bermegah dengan harta duniawi, menunjuk-nunjuk kebolehan dan bakat diri bagi aku itu normal. Manusia ada bakat, ada harta memang tujuan mereka untuk menunjuk. Beli kereta besar, duduk rumah banglo, masuk pertandingan menyanyi untuk tujuan apa kalau bukan untuk menunjuk? Kita boleh nafi, kita cakap itu utk keselesaan, utk kepuasan diri. Terdetik rasa bangga tu jatuh dalam kategori mana?

Benda tu takkan jadi masalah kalau kita boleh terima kelebihan orang lain, lagi bagus kalau ia mampu buat kita rasa tercabar dan berusaha sendiri ke tahap tu. Bukan mempertikaikan dari mana sumber rezeki mereka, halal ke tidak. Diorang ni bersedekah ke tidak, solat cukup ke tidak?

Sudah-sudahlah tu nak korek cerita pasal Fasha Sandha, cukup-cukuplah tu nak mengeji Memey, menghina Waheeda sebagai perampas. Ehem tipu la kalau aku pun takde rasa sedikit meluat dengan diorang ni. hehe. Tapi bila fikir2 balik, hey bukan suami aku pun yang kena rampas. Bekas isteri diorang pun aku tak kenal langsung. Siapalah aku yang nak menyibuk mencaci konon2 nak mempertahankan insan teraniaya?

Kebencian. Atau bak kata Sang Romeo Kota, "Virus B3NC1". Sama bahaya dengan virus2 lain, berupaya membunuh, mampu melayangkan nyawa. Orang kata, bila hati dah benci, nak tengok muka pun dah tak lalu lagi. Korang benci aku? Haaa, apa lagi tekan pangkah kat kotak merah belah kanan atas sekali tu. Berhenti ambil tahu pasal aku, Insya-Allah, lebih tenang hidup korang nanti. Aku pasti tu.

Aku tak pasti sama ada aku ada membenci orang atau tidak. Nak kata ada, tak sedap hati pulak nak mengaku. Rasa macam aku jahat bila aku ada membenci orang. Nak kata tak ada, isk macam mulia sangat je aku ni.

Aku mungkin ada membenci orang, tapi ianya just a phase. Time sakit hati, memang makan sumpah aku je la orang tu. Jarang aku attack orang berdepan. Paling kuat pun aku cari gang untuk dengar masalah, dan ajak dia tolong dengar aku maki hamun sampai aku puas hati.

Just lately, aku sedikit kejam la, mungkin ini effect panas baran aku yang datang balik. Itu pun sebab aku dah lama tahan sabar. Aku fikir, eh dia ni tak sensitif pasal aku, kenapa aku perlu jaga hati dia ni? Makin dibiar, makin menjadi-jadi dia ni. Zasss, ambik kau! Sedap tak rasanya cakap tak guna otak?

Untuk pembenci-pembenci aku, bencilah aku semahumu. Gua takde hal, gua tetap makan nasi jugak. Gua bangun2 tidur, tetap ada SMSes dari insan-insan kesayangan jugak.

Mungkin dengan membenci aku, hidup korang akan lebih sempurna dan bahagia. Aku tumpang terharu aku masih mampu membahagiakan korang tanpa korang sedar. Aku mampu menyentuh kehidupan korang.

Jangan risau, aku tak akan buat apa2, doakan kecelakaan kau pun tidak, jauh sekali nak mendoakan kebaikkan. I'm not that nice.

Tuesday, September 15, 2009

Si Cecep Itu Menyalak Lagi!

Tajuk entry takde kena mengena pun. Aku mengantuk gila ni. Pagi tadi aku bangun pukul 9 pagi setelah tidur lebih 13 jam. Gila ah. Balik kerja petang semalam, aku masak2 makan then ingatkan nak lelapkan mata kejap je sebab nak jumpa Rumet yang baru balik dari US. Sekali boleh tertidur terus, tersedar pukul 5 pagi. Reply2 SMS gedik sedas dua, pastu tertidur lagi. Cover balik tidur malam sebelumnya kot, aku dpt tidur 2 jam je kelmarin.

Bangun tidur, terpaksa layan SMS auntie aku. Sesi meluah masalah. Dia gaduh dgn mama aku. Apa la, dah tua2 pun bergaduh lagi. Aku sebagai peace-maker, dengar je la. Aku buat lawak2 bodoh je. Just tak nak kasi dia stress. Aku malas nak masuk campur, kang tak pasal2 aku pulak gaduh dgn mama aku kang. Haha.

Dah bosan layan Auntie aku, aku buka laptop. Layan minah rockstar DEB kat YM, sambil mengumpat2 dengan akak aku sikit2. Pastu aku kaut kain baju aku semua, bawak ke ruang tamu then lipat balik. Hari tu aku punggah keluarkan baju2 aku dari dalam almari, ingatkan nak lipat kemas2 balik. Tapi dari sehari ke sehari aku dok tangguh.

Aku tak suka lipat baju, aku lagi suka cuci toilet dari lipat kain baju. Tapi terpaksa jugak la lipat, takut pulak kang tiba2 tikus buat sarang ke dalam timbunan kain baju aku tu. Lagipun dah sebulan kottt kain baju tu bertimbun. Malu kat tetamu.

Gambar di tempat kejadian

tadaaa.. Spot the difference.

Kerajinan aku luar biasa hari ni. Aku siap cuci peti ais, sental bontot2 kuali sampai berkilat, cuci setiap sudut toilet, tukar cadar, vakum, mop, cuci tingkap, sental dapur gas, cuci throw sofa, cuci pengesat kaki and kain buruk. Setahun sekali je aku super rajin macam ni. Haha. Sebenarnya, hari ni baru aku ada masa, kena pulak mood aku ok je.
Handsome tak kasut aku? hihi. Thanks Rumet.

Aku rasa sangat vain la. Aktiviti seharian yg boring ni pun nak tulis dalam blog ke? hahaha

Aku lapar. Aku mengantuk. Aku rindu.

Friday, September 11, 2009

Roaster

Jadual kerja aku bulan ni yang tunggang langgang tapi still bersyukur sebab dapat cuti raya pertama!

Eme merayu-rayu paksa aku buat tag ni. haihhhh

1. Nama timangan anda di rumah...
Scarlett Johanson

2. Anda seorang yang...
Poyo.

3. Lagu favourite
All time favourite aku, Malay - Tercipta Untukku/Ungu, English - You're Always On My Mind/Elvis Presley

4. Makanan kegemaran
Nasi.

5. Soalan telah daku abaikan....
Soalan ini la.

6. Warna kesukaan
Warna-warna kehidupan.

7. Benda yg mesti ada dalam beg
2 Hp, iPod, pendrive, ketip kuku, lip balm, wallet, kunci kereta/rumah, chewing gum, tissue, ubat migraine/asthma, rubber.

8. Kali terakhir anda menangis
Lupa la.

9. Sikap orang yang buat anda stress
Banyak bertanya/bercakap perkara2 yang tak penting, suka buat lawak bodoh, bercakap dalam nada yang kuat, orang yang suka buang masa aku utk layan perangai2 bodoh dia.

10. tag 6 rakan anda

1. Anies
2. Rumet
3. Sapik
4. Rini
5. Pesal
6. Cem
7. 6 orang je la.

Thursday, September 10, 2009

Raya OH Raya!

Aku rindu la nak sambut raya macam zaman aku kanak2 dulu2.. Time aku kecik2 dulu, family aku semua excited nak sambut raya. Aku rasa bukan family aku je, semua kottt. Tapi sekarang ni macam dah kureng la.. Dah tak meriah macam dulu.. Ke aku sorang je rasa macam ni?

1. Buat biskut raya.

Aku suka biskut semperit mak aku buat. Memang tiada tandingan. Tapi sekarang dia dah tak buat biskut raya lagi, dah lebih 10 tahun kot mak aku dah tak buat biskut raya.

Rindu ni, dah la resepi pun dia dah tak ingat. Orang lain buat semua tak sedap macam semperit mak aku, mencair dalam mulut wooo..

2. Tukar sarung kusyen & langsir baru

Dulu pakai kerusi rotan je, rumah siapa yg pakai kerusi sofa kira dah kaya gila la zaman tu. Punyalah seksa nak buka sarung lama, then sarungkan yang baru pulak. Pastu langsir mesti nak sedondon dgn sarung kusyen la kan. haha.

3. Gubah2 bunga

Ini wajib. Kalau boleh setiap sudut rumah nak kena ada bunga. Kalau bunga tahun lepas elok lagi, just cuci dan tukar gaya gubahan je. Kalau dah buruk or bosan, beli baru. Tak pun beli je pasu baru. Intai-intai jiran sebelah punya dulu, kalau boleh tak nak sama.

4. Cat rumah.

Satu rumah kena cat. Dari pagar luar rumah sampai lah ke dinding2 and palang tangga. Pintu toilet pun dicat jugak kalau ada cat lebih.

5. Gantung kad raya

Aku tak sure ada lagi tak orang yang hias rumah dia dgn kad2 raya. Lekat kat raya kat dinding, stepler kat daun2 pokok. Pastu nanti tetamu datang, diorang boleh baca2 la kad raya tu sambil tuan rumah buat air.

Lagi bangga kalau ada kad raya dari orang2 kenamaan. Korang pernah tak hantar kad raya kat Perdana Menteri? Tun Mahathir balas tau. Serious. Aku pernah. Masa sekolah rendah dulu la. Bangga tau bangga. haha

6. Pasang lampu liplap

Ini yang paling aku suka! Lagi2 kalau ada bentuk2 ketupat, bulan sabit bagai tu. Lagi best kalau siap ada muzik raya. Aku pernah tengok ada macha ni siap pasang lampu liplap dalam kereta dia. Itu melampau la.

7. Pasang pelita

Aku teringat lagi satu kes ni, kitorang beli pelita plastik. Pastu kakak-kakak aku ni bijak sangat, isi petrol dalam pelita tu. Plastik tu tak tahan dengan petrol, so dia cair. Terbakar depan rumah aku.

Akak aku sorang ni, nama je engineer belajar tinggi2, dia pergi siram dengan air, lagi marak la api tu. Kitorang semua dah menjerit2 dah depan rumah. Takut woo. Mak aku tau mampus haha. Then kakak aku sorang lagi, ambik pasir and kambus api tu. Sampai sekarang aku trauma nak pasang pelita lagi. haha

8. Malam raya

Semua kumpul depan TV sebab nak dengar pengumuman raya oleh Penyimpan Mohor2 Besar Diraja. Padahal dah tau awal2 dah raya hari apa. Korang ada rasa DEjavu tak tiap kali dengar pengumuman raya tu? Rasa SESUATU la. Pastu korang perasan tak lenggok suara, ayat yang digunakan setiap tahun sama je. Ke memang orang yang sama dari dulu? Kalau betul, panjang betul umur dia.

9. Shopping raya

Chow Kitt Road, Kamdar, Sogo, Hankyu Jaya, Jalan Masjid India - semua tempat wajib kitorang kena pergi. Sekarang nak pergi pun pikir ratus2 kali dulu, tak sanggup dah nak redah jam, nak cari parking, nak usung barang lagi. Bila dah besar panjang, mama and abah aku bagi duit suruh masing2 beli sendiri je.

10. Balik kampung

Sobs sobs. Last sekali aku balik kampung masa aku form 3. Padahal nenek aku hidup lagi sampai sekarang. Saudara mara aku pun ramai lagi kat kampung tu. Dulu tiap2 tahun balik kampung tu memang upacara wajib la.

7 beradik sumbat dalam satu kereta. Mak aku dok depan riba sorang adik aku, yang kat belakang himpit2 la lagi 6 orang. Sempit tapi enjoy gila! Kelantan, bukan dekat. Dulu takde hiway, mau 8-9 jam perjalanan.

Ada la insiden2 yang buat kitorang semua dah tak balik kampung lagi. Lagipun semua dah besar panjang, adik beradik aku pun ramai yang dah kahwin. Rindu gila nak sambut raya suasana kampung.

Nak buat ketupat, ambik kat pokok kelapa depan rumah je. Pastu lidi2 dia mak aku kumpul utk buat penyapu lidi or lidi sate. Nak mandi or buang air kena tunggu turn. Ada perigi, dalam perigi ada labi2. Best tau tak best? Best gila. Sobs

Tahun ni abah aku balik sorang2 je. Mak aku tak sihat, tak boleh nak ikut sekali. Aku pulak takde cuti. Tapi abah aku balik pun petang raya, so pagi raya still boleh salam2 raya. hik. Tahun ni best, sebab semua adik beradik aku ada pagi raya. Dah lama tak berkumpul semua sekaligus sejak diorang dah kahwin.

Aku dah hilang semua nostalgia ni. Mustahil dah nak dapat macam ni lagi... Raya kitorg just salam raya, ambik angpau, then makan ketupat sampai kenyang.

Takde dah macam dulu, sambil tunggu tetamu datang sambil layan Circuss kat TV...