Monday, November 16, 2009

Surat wasiat

Haha. Aku terfikir tadi. Misal katalah nanti aku dah ada anak, dan anak aku dah besar. Then dia jumpa blog aku ni. Apalah tanggapan dia kat Mommy (eceh nak mommy aje, panggil Mak je tak boleh ke?) dia ni kan? Isi kandungan blog aku dahlah ni penuh kata2 kesat dan separuh lucah, pendek kata memang tak mempamerkan nilai2 murnilah. Tiba2 je rasa malu kat bakal anak-anak aku nanti. Hihi.

Baiklah sons and daughters (wow macam ramai je), mulai hari ini Mommy behave ok. Just for you all darlings. Kalau Mommy dah takde nanti, semoga blog ini dapat mengurangkan kerinduan dan mengubat kedukaan. Cakap dengan Daddy, kalau ye pun nak cari pengganti tunggu tanah kubur Mommy dah tak merah lagi. Then make sure mak tiri baru korang tu bukan dari senarai wanita-wanita yang Mommy dah banned. Tak aman Mommy kang dalam kubur.(nanti Mommy buat list tu later, ok)

Harta-harta mommy termasuk kereta Evo XXXVI tu, gunakanlah sebaiknya. Jangan rebut-rebut, mommy tak nak korang berbalah pasal harta duniawi. Ok sayangs?

Then cakap dengan Daddy, Mommy sayang dia sangat2 tau walaupun dia suka buli2 dan ejek Mommy gemuk, jerawat, sungai, batu. Mommy was being too clingy just because Mommy loved to be with him. Your Daddy just too hot to resist. Oh, Mommy is crying while writing this.

I just want you guys to know that Mommy cintaaaaa sangat kalian sampai kiamat. Nanti Mommy jemput sorang2 bila time korang dah sampai. Get ready, hopefully your Daddy is next lah. Mesti dia sunyi tanpa Mommy. Jaga diri hiasi peribadi. Jangan lupa bacakan Yasin untuk Mommy tiap2 malam Jumaat.

P/S: Harta Daddy tu baik korang habiskan je semua kalau tak nanti untung pulak mak tiri korang. Mommy susah2 masa dengan Daddy dulu tau. Ok la. Nak soal jawab ni. Bye! XOXO

Saturday, November 14, 2009

Tolonglah tanam dalam otak tu - bahawasanya setiap orang tak sama kehendaknya, makcik2 oi!

Aku selalunya akan elak pergi kenduri kahwin bekas rakan-rakan sekolah. Aku akan pergi bila aku rasa kehadiran aku betul-betul diperlukan or bila aku rasa kawan aku tu sangat mengharapkan kehadiran aku. Pendek kata kalau aku takde, majlis dia hilang serilah. Eceh. Poyo.

Aku malas sebab aku tau aku akan dihujani soalan cliche apasal tak kahwin lagi oleh isteri-isteri orang yang juga kawan tak berapa nak rapat pun masa sekolah yang rasa hidup dia dah cukup perfect dah bila berjaya berumahtangga. Macam perkahwinan tu satu kemenangan besarlah, macam pertandingan siapa paling laku.

Kalau yang tanya tu betul-betul ikhlas nak tanya aku tak kisahlah. Mungkin sebab dah lama tak bersua dan saja nak create topik. Ini siap tanya dengan mimik muka perli-perli, kening terangkat, bibir juih-juih. Memang muka minta penyepak.

Selalunya masa tengah mekap-mekap bersiap nak ke majlis, sambil tu aku dah fikir dah jawapan apa nak bagi bila manusia-manusia annoying ni bertanya.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
"Aku tunggu je ni mak kau sain surat persetujuan nak izinkan bapak kau nikah dengan aku. Lepas tu aku on je."

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Takde siapa nak kat akulah.
"Eleh kau yang memilih sangat!"
Mestilah aku memilih, takmo aku kalau kahwin setakat dengan cikgu, TECHNICIAN, or kerani lepas tu nak canang-canang kat orang konon2 suami aku tu ENGINEER. Heh

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Dah kahwin dah. Sebelum datang sini aku sempat kahwin 3 kali. Tu yang rambut aku serabai sikit ni.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Esoklah kot, aku baru pecah tabung tadi.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Johny Depp tak nak convert. Takkan aku pulak yg kena convert kot?

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Suami kau mampu bagi kau cum 5 kali? Kalau mampu, tahniahlah! Kau memang wanita bertuah. Aku belum jumpa lagi, kalau kau sudi nak share suami apa salahnya.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Aku anak sulung dari 13 adik beradik. Aku orang susah, kena bantu sara keluarga. Biarlah adik beradik aku yang lain lepas bersekolah dulu. Aku nak adik-adik aku belajar sampai tahap paling tinggi kalau boleh. Aku rela korbankan kebahagian dan keinginan dipanjat tiap2 malam demi keluarga aku.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Kak Long, Kak Ngah, Kak Teh aku tak kahwin lagi. Aku tak boleh langkah bendul.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Aku lesbian. Kalau nak kahwin, kena pergi Las Vegas. Nak keluar negara Imegresen tak lepas sbb tak bayar PTPTN.

"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Hek eleh suka hati akulah! Kalau aku tak kahwin, duit kau susut sesen ke sehari?

Yelah yelah! Aku memang teringin sangat nak kahwin dowh! Tak sabarnya rasa nak cucikan spender suami, nak masak 3 kali sehari, sesi bonding bersama mak mentua membeli ikan di pasar, ketiak bau susu budak. Kalau nasib aku baik, aku boleh tunggu dengan setia suami pulang dari dangdut pukul 3am sambil pegang gelas berisi air sirap kat muka pintu. Kalau nasib aku lagi baik, suami makan luar, aku pun boleh cari anak ikan. Oh indahnya alam perkahwinan. Ei eii. Tak sabarlah dipinang.

Heh

Friday, November 13, 2009

Mari bersama-sama menentang kuasa kejahatan dan menghapuskan makhluk penghisap darah!

TAG 1

1. Siapa orang yang kau teringin nak tampar?
SHMA. Tak perlu tanya aku siapa dan kenapa. Orang yang tahu, tahulah.

2. Siapa kau nak jadi Sugar Daddy kau. Bagi sorang je, wajib Malaysian.
Dato' K. Aku peduli hape dia suami orang, Siti pun perampas jugak.

3. Siapa manusia paling annoying kau pernah jumpa? Siapa orang paling famous kau pernah jumpa? Siapakah orang paling vain kau pernah jumpa?
Annoying - Meon. Famous - Tun Dr.M. Vain - Aku.

4. Apa yang kau paling harapkan dari pasangan kau?
Boleh membayar sewa rumah aku, kereta baru, segala bill2 aku dan bagi duit shopping tiap2 bulan. Dan tak layan perempuan lain yg menggatal. Kawan perempuan tu lain cerita la.

5. Kau penah kentut dalam lif?
Tak pernah pulak terasa nak terkentut bila dalam lif.

6. Makanan paling jijik kau pernah makan?
Piza sejuk.

7. Rancangan Tv paling bodoh kau pernah tengok?
Seekers & Fuiyooo Magic!

8. Kalau terperangkap dlm jem, pastu rasa terkencing, apa kau akan buat?
Ambik kotak tisu, keluarkan semua tisu. Bukak seluar skit cover peha dgn jacket, letak tisu bawah bontot dan kencing perlahan2. Then ambik plastik bag dlm drawer, letak tisu basah tu dan campak keluar pintu.

9. Kau stalk hp or email kekasih kau tak atau share password fb/email?
Rasa teringin itu selalu ada, tapi tak nak sebab aku tau aku tak boleh nak handle sakit hati kalau terjumpa sesuatu. Erk share password? Nak mampus?

10. Kalau jumpa kucing kena langgar kereta dah separuh mati kaki putus, kau buat apa? hantar gi klinik ke, bunuh supaya tidak terseksa, atau lari menangis sebab tak sanggup tgk?
Jerit kuat2 dulu pastu tengok keadaan. Kalau rasa2 boleh diselamatkan lagi, bawak la gi klinik. Kalau tak boleh, aku angkut bawak balik rumah dulu tunggu dia mati then tanam.

11. Apa perasaan kau bile tengok cermin sorang2?
Uban! jerawat! kedut! menggeleber! oh aku dah tua....

12. Kalau kau jumpa gambar wanita bogel yang kau kenali (selain dari artis mahupun pelakon porn) dalam pc bf kau, apa kau buat?
Aku buat wallpaper kat PC dia sebagai tanda aku dah tau pasal gambar tu. Kasi dia cuak dulu la pastu baru la aku mengamuk.

13. Apa kau buat kalau kawan kau asyik mengadu benda yang sama berbulan2? Pastu orang nasihat taknak dgr.
Tak kira la rapat ke tidak, aku memang malas nak layan masalah orang lain. Masalah aku sendiri, aku suka la susahkan orang utk dgr. hehe. Tapi kalau masalah berat dan memerlukan perhatian dan pertolongan dengan segera, aku OK la.

14. Kalau nampak kawan ade taik hidung nak terkeluar, atau ade 2 helai bulu hidung yg terlebih pjg terkeluar dr hidung, bgtau direct ke, tarik tepi dan bisik ke, gelakkan ngan org lain ke atau buat tatau?
Kalau boyfriend, aku tolong la tarik or buangkan. Kalau kawan biasa, aku hulurkan cermin je.

15. Hantu dari filem mana kau paling takut?
Hantu Emily Rose. Real sial!


TAG 2.

1. Rancangan Realiti TV yang kau teringin sangat nak masuk dan kenapa.
Bolos. Tapi tunggu aku 6pack dulu. Baru la berkeyakinan nak pakai costume dia.

2. Kalau diberi peluang masuk Amazing Race, siapa pasangan yang kau akan pilih.
Bukan seorang yg tak tahan sabar yg suka maki2 time driving. Haha. Zet kot, dia bijak dan agak penyabar dan suka bawak kereta. Lagipun skrg dia dah main ragbi, so stamina dia should be OK. Kot.

3. Rancangan Realiti TV paling menyampah kau tengok.
Sehati Berdansa. Tak tau apa motif, menari sambil beramal. Orang yg vote konon2 utk beramal pun bengong. Baik kau bagi je terus duit tu kat badan kebajikan. Takde nak kena masuk poket sape2 dulu.

4. Bakat yang kau harap sangat ada pada kau.
I wish I could sing and dance. Suara aku tak sedap dan aku sangat keras kalau menari. Selalu kena bahan. Dan aku nak ada bakat melukis. Aku sangat kagum dgn orang2 yg pandai melukis.

5. Kalau diberi peluang dan mesin masa untuk kembali ke zaman lampau, concert siapa yang kau teringin nak pergi tengok?
Concert Disney On Ice. Best woooo. Aku pernah pergi dulu. Sekarang ada lagi ke tak?

6. Tattoo. Kau nak? Boleh. Tapi hanya satu, dan mesti tattoo wajah celebrity. Wajah siapa kau nak?
Aku tak pernah obses dgn mana2 celebrity la. Dan aku tak mau la tattoo muka orang kat badan aku. Baik tattoo muka mickey n minnie mouse.

Aku nak tag semua rakan opis dan korang yg rasa aku sayang korang.