Tag oleh Rumet.
1. Apakah yang sedang anda lakukan sekarang?
Baring atas sofa hitam throw merah, sambil menunggu update iPod siap.
2. Kalau boleh, apa yang anda ingin lakukan sekarang?
Pampering myself, manicure, pedicure, facial, lulur, massage, waxing. Tapi malas nak keluar rumah.
3. Apakah nama neighbour anda yang anda tahu?
Lupa la nama Ahso garang gila sebelah rumah ni, hari tu dia ada bagitau. Hari2 aku dengar dia maki hamun maid dia. Kesian tau.
4. Bilakah kali terakhir anda bercuti dengan rakan-rakan/ahli keluarga/perempuan simpanan/lelaki simpanan/ seorang diri?
July, Pulang Redang & Jakarta.
5. Jika tiada orang di sekeliling anda akan..?
Kentut kuat2.
6. Warna langsir kegemaran anda adalah..?
Warna yang gelap gila, supaya cahaya matahari tak tembus. Sangat sesuai utk orang yg bekerja shift, so takkan tau perbezaan siang dan malam.
7. Apakah perangai rakan anda yang anda paling menyampah?
Yang tak tau bawak diri sendiri. Menyusahkan orang.
8. Siapakah rakan anda yang paling kelakar?
Noorismawati Ishak. Lawak nak mampos aku rasa nak bagi award. (Rumet, jawapan kita sama. Takde lagi sesape yg boleh buat lawak secilake Jenab ni)
9. Yang paling tak kelakar pulak?
Erk, bos dikira rakan ke tak?
10. Anggota badan anda yang paling hot?
Leher, time demam sangat panas.
11. Anggota badan pasangan anda yang paling hot? (*feedback pembaca blog anda kepada jawapan anda adalah tanggungjawab sendiri heheh!)
Bulu dada dikira anggota badan tak? huahuahuahua.
12. Siapakah celebrity yang anda paling suka tengok kat red carpet?
Brad Pitt & Angelina Jolie la u ollsss.
13. Apakah perkara yang anda wajibkan kepada semua pasangan anda lakukan kepada anda?
Semua pasangan? Ini soalan memerangkap diri sendiri ni. Skip! Nextttt!
14. Adakah mereka suka melakukannya?
Kami mengamalkan kaedah GIVE & TAKE.
15. Perangai anda yang anda paling tak suka?
Boros. Duit saving yang aku ada hanyalah duit syiling di dalam tabung katak aku sahaja.
16. Perangai anda yang anda paling suka?
Penyayang. Aww awww
17. Kalau anda boleh belasah sesiapa sahaja pada masa sekarang, siapakah orang yang anda nak belasah itu?
Aku tak nak belasah, aku nak tembak mati terus je. AAA & SHMA.
18. Kalau anda boleh pilih apa-apa kerja, apakah kerja yang anda mahukan sekarang?
Pengasas MLM yang pertama. Best gila makan duit atas angin.
19. Jika anda seorang yang sangat kaya dan dibenarkan memelihara anak-anak ikan, siapakah yang anda akan pilih untuk menjadi anak-anak ikan anda?
Erm ermm.. Hmm. Aku kurang berkenan dengan lelaki lebih muda. Tapi kalau sekarang umur aku 40an, aku pilih Aqasha, Aqasha dan Aqasha la kot. (jawapan selamat) *pheww*
20. Adakah anda bahagia?
Bahagia bila soal ‘INSECURITY’ tak dibangkitkan.
Aku tag semua yang ada dalam blog list aku ni. Sila2.
No comments:
Post a Comment