Wednesday, September 16, 2009

Jualan Murah! Lelong lelong!

Aku sedikit frustrated. Mungkin aku bukan seorang yang layak untuk berbicara pasal agama. Pasal nilai kemanusian, mungkin aku boleh sikit2. Sebab sudah terang-terangan aku memang seorang manusia. Bukan kerusi, bukan kipas, bukan nasi.

Si batu api. Si pengadu domba. Si pembuat fitnah. Si penyebar aib. Si penyibuk.

Semua ni datang dari satu punca = HATI. Hati yang sakit, hati yang busuk, hati hitam, hati yang sudah rosak.

Penuh hasad dengki. Dendam. Sakit hati. Tak boleh tengok kelebihan orang lain. Malah kekurangan orang pun digali, dicaci.

Sikap macam ni ke kita nak turunkan kepada anak2 kita nanti?

Aku bukan seorang umat yang baik. Aku mengaku, aku selalu lalai. Aku masih bertatih membaiki diri. Tetapi, Insya-Allah, akidah aku masih utuh.

Aku juga berdoa, sekiranya ditakdirkan aku menjadi seorang umat yg sempurna aku tidak akan berbangga dengan ibadah aku. Ibadah aku hanya untukNya. Bukan untuk dimegah-megah. Dan aku juga tidak akan sesekali menghina orang-orang yg tidak mengikut suruhanNya.

Bermegah dengan harta duniawi, menunjuk-nunjuk kebolehan dan bakat diri bagi aku itu normal. Manusia ada bakat, ada harta memang tujuan mereka untuk menunjuk. Beli kereta besar, duduk rumah banglo, masuk pertandingan menyanyi untuk tujuan apa kalau bukan untuk menunjuk? Kita boleh nafi, kita cakap itu utk keselesaan, utk kepuasan diri. Terdetik rasa bangga tu jatuh dalam kategori mana?

Benda tu takkan jadi masalah kalau kita boleh terima kelebihan orang lain, lagi bagus kalau ia mampu buat kita rasa tercabar dan berusaha sendiri ke tahap tu. Bukan mempertikaikan dari mana sumber rezeki mereka, halal ke tidak. Diorang ni bersedekah ke tidak, solat cukup ke tidak?

Sudah-sudahlah tu nak korek cerita pasal Fasha Sandha, cukup-cukuplah tu nak mengeji Memey, menghina Waheeda sebagai perampas. Ehem tipu la kalau aku pun takde rasa sedikit meluat dengan diorang ni. hehe. Tapi bila fikir2 balik, hey bukan suami aku pun yang kena rampas. Bekas isteri diorang pun aku tak kenal langsung. Siapalah aku yang nak menyibuk mencaci konon2 nak mempertahankan insan teraniaya?

Kebencian. Atau bak kata Sang Romeo Kota, "Virus B3NC1". Sama bahaya dengan virus2 lain, berupaya membunuh, mampu melayangkan nyawa. Orang kata, bila hati dah benci, nak tengok muka pun dah tak lalu lagi. Korang benci aku? Haaa, apa lagi tekan pangkah kat kotak merah belah kanan atas sekali tu. Berhenti ambil tahu pasal aku, Insya-Allah, lebih tenang hidup korang nanti. Aku pasti tu.

Aku tak pasti sama ada aku ada membenci orang atau tidak. Nak kata ada, tak sedap hati pulak nak mengaku. Rasa macam aku jahat bila aku ada membenci orang. Nak kata tak ada, isk macam mulia sangat je aku ni.

Aku mungkin ada membenci orang, tapi ianya just a phase. Time sakit hati, memang makan sumpah aku je la orang tu. Jarang aku attack orang berdepan. Paling kuat pun aku cari gang untuk dengar masalah, dan ajak dia tolong dengar aku maki hamun sampai aku puas hati.

Just lately, aku sedikit kejam la, mungkin ini effect panas baran aku yang datang balik. Itu pun sebab aku dah lama tahan sabar. Aku fikir, eh dia ni tak sensitif pasal aku, kenapa aku perlu jaga hati dia ni? Makin dibiar, makin menjadi-jadi dia ni. Zasss, ambik kau! Sedap tak rasanya cakap tak guna otak?

Untuk pembenci-pembenci aku, bencilah aku semahumu. Gua takde hal, gua tetap makan nasi jugak. Gua bangun2 tidur, tetap ada SMSes dari insan-insan kesayangan jugak.

Mungkin dengan membenci aku, hidup korang akan lebih sempurna dan bahagia. Aku tumpang terharu aku masih mampu membahagiakan korang tanpa korang sedar. Aku mampu menyentuh kehidupan korang.

Jangan risau, aku tak akan buat apa2, doakan kecelakaan kau pun tidak, jauh sekali nak mendoakan kebaikkan. I'm not that nice.

4 comments:

Anies said...

Im not that nice?nice ending B.

capri said...

will nebe hate yuuu..
kakkaka..
muah muahss mydoll..

miss chekleen said...

>>Si batu api. Si pengadu domba. Si pembuat fitnah. Si penyebar aib. Si penyibuk.<<

aku b3nc1 manusia2 neh...cesss..bley blah!

jura,ko nie banyak inpluence dak akasah ye...ahakz~

Bewilder said...

thanks A.

hehe capri. mekasih :p

leen. hahahaha. ke situ pulak ko. :p