Saturday, June 12, 2010

Hantaran Dari Pihak Perempuan. Dari aku lah.

Ramai yg terkejut sebab hantaran kami banyak sangat. Alasannya ialah, sebab kitorang bertunang singkat je, and masa majlis nikah nanti dah takde dah hantaran2 ni. So time bertunang, angkut semua hantaran sekaligus. Bagi aku, lagi senang macam ni. Sebab time nikah nanti, lagi macam2 nak kena pikir & buat. Don't you think so?

Hantaran aku digubah oleh akak no.2 aku. Aku suka je apa yg dia buat ni, sebab aku bab2 menggubah bunga ni memang failed. So korang jangan nak komen2 kutuk2 tak lawa. Kalau aku yang buat then korang nak kutuk takpe. Kesian dia tau, perut tgh memboyot dok buat semua kerja ni. Pelamin pun dia yang hias.

Perfume. His favourite. Mine too :)

Brownies. His favourite gak. Beli from pinkyretrosbazaar sila2 beli kat dia. sedap gila mmkay!

Fruits

Jam. Sepasang gitew. :p

Kek Coklat. Tak sempat hias sbb kek sampai lambat.. :p Beli dari mama Hanis Zalikha. Walaupun agak frustrated sikit sebab tak meriah seperti dalam gambar, tapi rasanya adalah super sedap! Sedap gila! Sangat rich coklat u olls! Berbaloi-baloi dgn harga.

Biskut pun beli dari Mama Hanis. Rasa aku tak pasti, sebab aku beli seketul ni je untuk hantaran.

Guitar. Haha diorang tak tau passcode lock gitar ni. So diorang tak boleh nak bukak casing. Apalah, boleh je tanya aku kat bilik.

Kasut. Ada orang tu tak sabar nak pakai dulu sebelum sempat majlis tunang. tsk

Sirih Junjung

Agar-agar Kering. Dibawa khas dari Perlis oleh cik Yuhainis. Tak sure kenapa akak aku tak sempat hias or dia memang tak nak hias. Erm..

Chocodates. Coklat Badam bersalut kurma. His favourite gak. Thanks Darwin! Sebab sponsor. Gatal tau I nak bayar you takmo.. Segan dah I nak minta tolong you belikan lagi. ;p

Al-Quran, Sejadah & Tasbih. Masa nak hias hantaran hari tu baru aku perasan tasbih ni buat dari gigi unta. Tu pun adik aku yang bagitau. Patutlah mahal, boleh tak aku mati2 ingat buat dari kayu koka? Punyalah bangang aku ni, kayu koka kan warna coklat! Bergh!

Kain Baju Melayu & Sampin & Brooch songkok.

1 comment:

Hunny MJ @ PinkyRetro said...

hye !!
thanx for purchasing our brownies..
:D

err...
nia siapa ya?
baizura ke?

thanx a lot !!
:D
& slmt jadi tunangan org...
(oh tidakk...saya minat Aqasha...huhuhu... (-_-) ... )

-hunny-
http://pinkyretrosbazaar.blogspot.com