Aku selalunya akan elak pergi kenduri kahwin bekas rakan-rakan sekolah. Aku akan pergi bila aku rasa kehadiran aku betul-betul diperlukan or bila aku rasa kawan aku tu sangat mengharapkan kehadiran aku. Pendek kata kalau aku takde, majlis dia hilang serilah. Eceh. Poyo.
Aku malas sebab aku tau aku akan dihujani soalan cliche apasal tak kahwin lagi oleh isteri-isteri orang yang juga kawan tak berapa nak rapat pun masa sekolah yang rasa hidup dia dah cukup perfect dah bila berjaya berumahtangga. Macam perkahwinan tu satu kemenangan besarlah, macam pertandingan siapa paling laku.
Kalau yang tanya tu betul-betul ikhlas nak tanya aku tak kisahlah. Mungkin sebab dah lama tak bersua dan saja nak create topik. Ini siap tanya dengan mimik muka perli-perli, kening terangkat, bibir juih-juih. Memang muka minta penyepak.
Selalunya masa tengah mekap-mekap bersiap nak ke majlis, sambil tu aku dah fikir dah jawapan apa nak bagi bila manusia-manusia annoying ni bertanya.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
"Aku tunggu je ni mak kau sain surat persetujuan nak izinkan bapak kau nikah dengan aku. Lepas tu aku on je."
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Takde siapa nak kat akulah.
"Eleh kau yang memilih sangat!"
Mestilah aku memilih, takmo aku kalau kahwin setakat dengan cikgu, TECHNICIAN, or kerani lepas tu nak canang-canang kat orang konon2 suami aku tu ENGINEER. Heh
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Dah kahwin dah. Sebelum datang sini aku sempat kahwin 3 kali. Tu yang rambut aku serabai sikit ni.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Esoklah kot, aku baru pecah tabung tadi.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Johny Depp tak nak convert. Takkan aku pulak yg kena convert kot?
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Suami kau mampu bagi kau cum 5 kali? Kalau mampu, tahniahlah! Kau memang wanita bertuah. Aku belum jumpa lagi, kalau kau sudi nak share suami apa salahnya.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Aku anak sulung dari 13 adik beradik. Aku orang susah, kena bantu sara keluarga. Biarlah adik beradik aku yang lain lepas bersekolah dulu. Aku nak adik-adik aku belajar sampai tahap paling tinggi kalau boleh. Aku rela korbankan kebahagian dan keinginan dipanjat tiap2 malam demi keluarga aku.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Kak Long, Kak Ngah, Kak Teh aku tak kahwin lagi. Aku tak boleh langkah bendul.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Aku lesbian. Kalau nak kahwin, kena pergi Las Vegas. Nak keluar negara Imegresen tak lepas sbb tak bayar PTPTN.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Hek eleh suka hati akulah! Kalau aku tak kahwin, duit kau susut sesen ke sehari?
Yelah yelah! Aku memang teringin sangat nak kahwin dowh! Tak sabarnya rasa nak cucikan spender suami, nak masak 3 kali sehari, sesi bonding bersama mak mentua membeli ikan di pasar, ketiak bau susu budak. Kalau nasib aku baik, aku boleh tunggu dengan setia suami pulang dari dangdut pukul 3am sambil pegang gelas berisi air sirap kat muka pintu. Kalau nasib aku lagi baik, suami makan luar, aku pun boleh cari anak ikan. Oh indahnya alam perkahwinan. Ei eii. Tak sabarlah dipinang.
Heh
9 comments:
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Dah kahwin dah. Sebelum datang sini aku sempat kahwin 3 kali. Tu yang rambut aku serabai sikit ni.
"Kau bila nak kahwin? Kawan-kawan lain dah beranak-pinak dah"
Aku lesbian. Kalau nak kahwin, kena pergi Las Vegas. Nak keluar negara Imegresen tak lepas sbb tak bayar PTPTN.
hahahahahahahhaha terbaekkkkk! maccam babi!
aku nak tiru la jawapan2 kau ni pastu aku kasik analysis air muka diorang.
ko sangkut pptpn ker?
Sarcastic tahap dewa.Tebaik tebaik!*clap clap*
kau bila nak kawen??
saje jeee nak kasi ahkak jura ni lagi anginnnnnn..huakaka :D
Bai! aku tgh nangis2 (serius aku tgh nangis bebetul ni). Teringat blog kau, so aku bacalah. Terus hilang air mata, gelak sekuat hati.
Aku nak try jawapan kau yg first tu la.... hahahaha
mcm cikale.time kasih bagi idea.
sila2 cedok. risiko tanggung sendiri haha
haha..raya haji ni mesti byk soalan kawin ni..tgh pikir jawapan sinis yg tak kurang ajar sgt kot2 org tua2 yg tanya.
terbaek la.. Ilang stress aku.. Haha
Post a Comment